H.R. Muslim |
KETERANGAN Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah. |
PerinGatan UnTuk AnDa
KISAH PENGAJARAN DAN TELADAN UNTUK ANDA SEMUA...
Thursday, September 15, 2011
HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT
KELEBIHAN BERIBADAT DI SAAT-SAAT HURU HARA
H.R. Muslim
KETERANGAN
Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajiban agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan drpd setiap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain dan disibukan dengan perkara2 yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.
Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan huru hara. Semoga kita mendapat pahala besar yang dijanjikan oleh Rasulullah saw. tadi.
BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
H.R. Abu Daud.
KETERANGAN
Di antara tamda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing2 negara berbangga dan merasa megah dengan banggunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kpd pengisian masjid dgn ibadat dan solat berjemaah. Banyak masjid2 yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
Wednesday, September 14, 2011
KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJAMAAH
H.R. Ibnu Majah
KETERANGAN
Walaupun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung2 yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar2 mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kurang perhatian kpd ilmu2 syariat. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjamaah, maka tinggallah orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasri pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.
Tuesday, September 13, 2011
LIMABELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA
- Apabila harta negara hanya beredar pada orang2 tertentu.
- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
- Zakat dijadikan hutang
- Suani memperuntukan kehendak isteri
- Anak derhaka terhadap ibunya,
- Sedangkan ia berbaik2 dengan kawannya
- Ia suka menjauhkan diri drpd ayahnya
- Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
- Khamar (arak) sudah diminum di merata2 tempat
- Kain sutera dipakai (oleh kaum lelaki)
- Para artis disanjung
- muzik byk dimainkan
- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka mananti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diceroboh menjadi makhluk lain"
H.R. Tirmizi.
KETERANGAN
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mugkin belum sampai ke peringkat akhir.
HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPAT
H.R. Ibnu Majah
KETERANGAN
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan masa kita pada hari ini
Subscribe to:
Posts (Atom)
